Wednesday, May 6, 2009

Sejarah Gasing

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Jenis-jenis Gasing

•Gasing Leper Kelantan
•Gasing Uri
•Gasing Kuno
•Gasing Baba
•Gasing Jantung
•Gasing Tanjung

Gasing Leper Kelantan



Ciri-ciri
Bentuk: Rendah dan juga leper
Berat: 8 kg
Lilitan: 48 cm
Tinggi: 6 cm


Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal


Gasing Uri


Ciri-ciri
Bentuk: Rendah dan agak leper
Berat: 6 kg
Lilitan: 60 cm
Tinggi: 8 cm

Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dililiti dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi atau plumbum. Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.

Gasing Kuno


Ciri-ciri
Bentuk: Sederhana dan berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 8 cm

Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terenggganu, Pahang, Kedah, Selangor dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, meranti dan keranji.

Gasing Baba


Ciri-ciri
Bentuk: Tinggi dan seperti telur
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 38 cm
Tinggi: 20 cm

Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur.

Gasing Jantung


Ciri-ciri
Bentuk: Jantung
Berat: 0.25 kg
Lilitan: 20 cm
Tinggi: 12 cm

Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing lundu. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau, manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan sepetir.